Jumaat, 6 November 2009

The Best Day In My Life Day I Became a Muslim


The Best Day In My Life
Day I Became a Muslim


Pada hari ini saya ingin kongsi pengalaman menarik bagi saya, di mana saya tak dapat di Malaysia, saya teringin saya nak dengar saudara baru bercerita "macam mana mereka ni tertarik dengan Islam?" Tahun 2007 saya dimasukkan ke hospital (GH Penang) dan di tahan di sebuah wad, pada hari kedua saya di wad hospital, saya ditegur oleh seorang pemuda (sekitar 30-an) "Assalamualaikum, saya (tak ingat nama), saudara baru, saya baru masuk Islam, ini kad saya..." sambil pemuda (saudara baru) menghulurkan kad (bukan bisnes kad) kepada saya.... " bin Abdullah" terdetik di hati. Namun keadaan saya waktu itu tidak mengizinkan kami melanjutkan perbualan, saya cuma berkata kepada pemuda tersebut supaya doakan saya semoga cepat sembuh. Sebenarnya teringin nak tahu macam mana dia tertarik dengan Islam.

Suatu hari saya menerima email daripada Islamic Society Nottingham, dalam e-mail tersebut memberitahu bahawa satu talk akan diadakan pada 5 November 09,tajuk talk tersebut ialah "The Best Day In My Life : Day I Became a Muslim", yang akan disampaikan oleh Brother Ibrahim. Selepas menunaikan solat Isya' saya dan rakan2 bergerak ke tempat ceramah iaitu di Law & Social Sciences Building. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran.

Ceramah dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh saudara Firdaus Rahim dan terjemahan oleh saudara Faiz SB.

Setelah selesai bacaan ayat suci al-Quran Brother Ibrahim diperkenalkan oleh saudara Akmal.

Brother Ibrahim Danby
 
Brother Ibrahim Danby, berasal dari England, Nottingham, membesar dalam persekitaran masyarakat Orang Inggeris berfahaman Katolik, status sebagai orang kelas pertengahan, sememangnya beliau kurang terdedah dengan Islam. Diibaratkan seperti tembok besar yang memisahkan antara Brother Ibrahim dengan dunia Islam. Dalam mindanya, Islam ialah jubah hitam, serban, serangan bom, kerana pengaruh media yang membuatkan dia mengenali Islam dengan sedemikian rupa. Sebelum memeluk Islam beliau selalu mendengar perkataan "Makkah dan Muhammad", " Mountain go to Muhammad, Muhammad go to mountain" (untuk makna lanjut Muhammad go to mountain sila klik) tapi pada masa tu hatinya belum terbuka untuk menerima Islam.

Brother Ibrahim ni kurang bersosial dengan orang (yang berlainan warna kulit) sehinggalah beliau ke sekolah multicultural, dan di situlah dia mengenali seorang sahabat (muslim) Nadim.  Apa yang Brother Ibrahim ni tahu, sahabat beliau ni tak pernah mempraktikan Islam, kerana sahabat Brother Ibrahim turut mengunjungi Bar tempat Brother Ibrahim bekerja. Tapi apa yang Borther Ibrahim nampak dalam diri Nadim, ialah dia sangat sayangkan agamanya (Islam) walaupun dia tidak mempraktikankan Islam secara menyeluruh. Nadim juga pernah menceritakan kepada Brother Ibrahim mengenai kitab suci al-Quran di mana al-Quran menceritakan proses pembentukkan manusia, seperti embrio. Brother Ibrahim kagum mendengarnya, bayangkanlah kitab suci boleh menceritakan mengenai embriologi!!!. Namun tapi masih belum lagi diberi Hidayah(Petunjuk) dari Allah s.w.t.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di London. Beliau menyewa rumah, di mana rumahnya berhampiran dengan masjid. Pada suatu pagi (kira2 jam 4 pagi), ditakdirkan Allah s.w.t, beliau turun di perhentian bas yang salah, dan perhentian bas tu pulak berhampiran dengan masjid. Beliau nampak ramai orang menuju ke masjid. Brother Ibrahim ni hairan, kenapa la awal2 pagi (orang) ke masjid? Apa la yang mereka lakukan? Persoalan tu bermain2 di fikiran beliau. Pada hari yang lain pulak, ketika hendak pulang ke rumah, beliau berjalan melintasi masjid, dan tiba2 ada orang memberi makanan kepada beliau, juadah yang istimewa, nasi dan ayam...

 sedang menceritakan pengalaman ketika secara tiba2 diberi nasi dan ayam

lalu orang tersebut terus mengajak beliau masuk ke dalam masjid, beliau yang tak dapat berbuat apa2 masuk ke dalam masjid. Dalam masjid tu beliau nampak ada ramai orang duduk bersila di atas lantai beramai-ramai menikmati juadah nasi dan ayam (waktu tu bulan puasa). Brother Ibrahim tertarik melihatnya...Ceritanya agak panjang, saya pendekkan di sini, kehadirannya ke sebuah pejabat di dalam masjid tersebut merubah segala2nya, di pejabat tersebut, beliau menemui seorang lelaki arab yang berpakaian ala2 arab, dengan jubah bewarna putih yang sentiasa senyum pada Brother Ibrahim. Brother Ibrahim tergerak hati untuk bertanyakan soalan kepada lelaki Arab tu, Brother Ibrahim bertanya "What is Islam?" Dengan mudah lelaki Arab tu menjawab (sambil tersenyum)...

1. Percaya pada Tuhan yang satu
2. Solat 5 waktu
3.Puasa
4. Sedekah
5. Menunaikan haji sekali seumur hidup di MAKKAH.

MAKKAH!!! sekali lagi beliau mendengar nama Makkah. Lelaki Arab tu juga ada menyebut nama Solomon, Moses, David di mana nama2 tersebut beliau pernah dengar di Gereja dahulu. Selepas berbual dengan lelaki Arab tersebut, beliau melangkah keluar meninggalkan masjid tersebut. Tapi ketika meninggalkan masjid tersebut, hati beliau merasakan perasaan yang sangat gembira,tenang dan seolah2 mendapat sesuatu yang sangat memuaskankan hatinya, mungkin dapat makan nasi dengan ayam katanya. Dia pun pulang ke rumah.

Seminggu selepas hari tu, beliau sekali lagi kembali ke masjid tersebut, kali ini langkahnya berbeza, Allah telah memberi hidayah kepadanya, beliau bertemu dengan lelaki Arab yang beliau berjumpa dahulu diantara waktu maghrib dan isyak, lelaki Arab tersebut masih lagi senyum ketika berjumpa buat kali kedua, Brother Ibrahim menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Beliau melafazkan kalimah Syahadah, dan... bukan senang katanya, orang macam saya(Brother Ibrahim) nak melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa yang tidak pernah dituturinya (bahasa Arab) dan ketika itu ramai orang mengerumuni beliau.Syukur kepada Allah kerana memberi hidayah dan petunjuk kepada beliau. Namun keluarganya pada waktu ketika itu belum tahu bahawa beliau telah memeluk Islam. Beliau juga menceritakan mengenai kisah ayahnya kepada kami, di mana ayahnya seorang yang hidup bahagia dengan rakan2, selalu melancong, ayahnya jenis yang TIDAK SUKA TUNDUK PADA SESUATU (BEBAS) dan beliau merasakan bahawa ayahnya mungkin sukar untuk menerima Islam. Tapi isterinya berkata kepada beliau bahawa sesuatu pekara besar akan berlaku kepada ayah Brother Ibrahim, beliau kurang yakin dengan kata isterinya. Ditakdirkan Allah abang kepada ayah Brother Ibrahim meninggal dunia, dan perasaan ayahnya cukup sedih. Brother Ibrahim cuba menenangkan ayahnya dengan berkata "Semua insan akan mati, termasuk insan yang dekat dengan kita" Segalanya dirancang oleh Maha Berkuasa. Kemudian, ayahnya  menghidap kanser esofagus pada tahap 4. Ayahnya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Pada suatu malam ketika Brother Ibrahim sedang tidur beliau terjaga, hatinya kuat berkata " You must go to the hospital now!!!" Beliau bergegas ke hospital untuk bertemu dengan ayahnya, beliau berkata" Dad, you have to worship to one god" dan ayahnya membalas,"OK...." jawapan yang ringkas...beliau amat terkejut mendengar jawapan tersebut, kerana baginya sesuatu yang mustahil, beliau sangat mengenali isi hati ayahnya yang TIDAK SUKA TUNDUK PADA SESUATU (INGIN BEBAS). Pada malam itu ayahnya yang terlantar di hospital melafazkan kalimah Syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad Pesuruh Allah". Keesokan harinya, ayah beliau kembali bertemu dengan penciptanya. Beliau rasa cukup gembira kerana ayahnya menerima Islam di saat2 akhir hayat.
Apa yang beliau kagum dengan Islam ialah beliau berasa kagum bila buat pertama kalinya melihat orang meletakkan kepala di lantai (sujud) ketika menunaikan solat, yang kedua, al-Quran yang banyak menceritakan tentang kejadian alam,fenomena sains di mana al-Quran banyak menyuruh kita berfikir. Beliau juga berkata dalam ceramahnya bahawa syaitanlah merupakan makhluk Allah yang mencetus baur perkaum, di mana syaitan berkata "aku diperbuat dari api, sedangkan manusia dari tanah, kenapa aku (syaitan) harus sujud kepada manusia". "Saya masih saya, seperti yang anda lihat sekarang, masuk Islam bukan bererti saya berubah peribadi, tapi saya melakukan penambahbaikkan, seperti anda menghantar pakaian kepada tukang jahit, tukang jahit itu hanya melakukan penambahbaikkan" Kata Brother Ibrahim. Itulah kisah yang saya ingin kongsikan dengan sahabat sekalian. Semoga Allah memberi kita petunjuk dan hidayah, agar selamat dunia dan akhirat.

Hadirin yang hadir ke ceramah oleh Brother Ibrahim

Turut hadir pelajar dari Christian Society, mereka turut mengambil peluang untuk memahami Islam

Buku-buku kecil mengenai Islam turut diedarkan

Najib dari Brunei Darussalam dan Firdausdari Malaysia kagum dengan Brother Ibrahim







widgeo.net


1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...