Sabtu, 14 November 2009


Kartun Berpropaganda





Selalu saya menonton TV di Malaysia, macam-macam rancangan ada, rancangan TV yang macam sampah, yang bermanfaat dan macam-macam lagilah. Di Malaysia, kalau cerita kartun kebanyakkan dari negara barat dan Jepun. Contohnya kalau dari negara barat, WONDER PET, kartun Disney. Dari Jepun pulak Detektif Conan, Dragon Ball, Shin Chan dan tidak dilupakan Doraemon. Pernah tak terfikir nak tengok kartun dari sebuah negara Komunis??? Saya cuba menjenguk kartun dari Korea Utara di jendela Youtube. Ada rupanya. Dari apa yang saya amati,kebanyakkan kartunya menyelit unsur-unsur bencikan A.S. Dan kebanyakkan kartun berpakaian tentera. Dan saya rasa negara Korea Utara ni tak akan ambik la kartun dari negara lain. Kalaulah berlaku di MALAYSIA, rancangan kartun diterbitkan bagi menyebarkan kefahaman rakyat negara kita terhadap adat, budaya dan yang penting lagi unsur-unsur keagamaan. Malangnya kita mengimport kartun-kartun yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak di negara kita. Mungkin anda faham apa yang berlaku. Cuba kaitkan dengan Korea Utara yang kebanyakkan kartun cuba menanamkan kebencian terhadap A.S, dan eloklah kalau kartun di Malaysia menerapkan kebencian terhadap Israel?! Ataupun kartun yang menceritakan kisah tauladan? Mudah2an ada usaha oleh pihak penyiaran. Tapi ingat tak dulu kartun seperti Kampung Boy, Usop Sontorian, dan Anak-anak Sidek. Manakah mereka? Saya rasa sesuai ditonton dan ada manfaatnya. Akhir kata YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN


Kalau ada masa anda diminta untuk menjawab soalan di bawah. Terima kasih.



Selamat Menonton 
Korea Utara

(Harap maaf tak ada subtitle)







Kartun Malaysia Usop Sontorian







Anak-anak Sidek



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...