Sabtu, 24 Julai 2010

Taman Negara Teluk Bahang

Taman Negara Teluk Bahang Tarikan Baru 
Teluk Bahang National Park

Kembara Taman Negara 2008

   Pulau Pinang selain terkenal dengan bangunan lamanya (selepas diwartakan sebagai atapak warisan dunia), makanan seperti Nasi Kandar,pusat membeli-belah, kini mempunyai tarikan baru iaitu Taman Negara Teluk Bahang. Semasa cuti, kami berempat (dengan kawan-kawan aku yang lain) bercadang untuk meneroka Taman Negara Teluk Bahang (Teluk Bahang National Park) yang terletak berhampiran dengan Batu Feringgi. Untuk ke sini tidaklah susah anda boleh mengambil bas dari Jeti dan terus ke Teluk Bahang (di stesen terakhir) dan dari situ anda perlu berjalan kaki sehingga ke jalan mati, dan di situ terletaknya Taman Negara Teluk Bahang. Masuk adalah percuma.

Jalan untuk ke Taman Negara ni senang saja, susah nak sesat.

   Perjalanan kami bermula pada jam 10.00 pagi. Kami bergerak masuk dari gate Taman Negara. Menyusuri hutan menyaksikan kehijauan yang tehimpit oleh pembangunan Pulau Pinang yang kian pesat. Perjalanan diteruskan kami seolah-olah telah ditelan oleh kehijauan rimba yang bagi kami warga Pulau Pinang amat janggal. Setelah berjalan dalam beberapa minit, pandangan kami dialih daripada kehijauan rimba kepada kebiruan laut memukau yang sungguh indah.

Bulatan Merah menunjukkan kawasan kami berehat menghilangkan penat

Di kawasan ini juga terdapat tempat menternak ikan dalam sangkar. 

   Kami sebenarnya hendak ke Monkey Beach, tetapi untuk ke sini anda perlu masuk ke Taman Negara Teluk Bahang, selain Monkey Beach Terdapat beberapa tarikan seperti Rumah Api Muka Head. Laluan Kanopi sekarang ini dalam proses baik pulih. Kami meneruskan perjalanan sehinggalah kami tiba di Pusat Kajian Samudera Universiti Sains Malaysia. Tak sangka ada sebuah Pusat Kajian Samudera di sini. Kami berhenti di situ sebentar, nak berganbar!

Anak panah menunjukkan jeti yang berdekatan dengan Pusat Kajian Samudera USM.

Inilah tempat yang dimaksudkan di atas.

  Perjalanan kami diteruskan, "matlamat ialah untuk sampai di Monkey Beach!". Setelah hampir 1 jam lebih berjalan kaki meredah hutan, kami pun tiba di Monkey Beach, kawasa pantai ni agak bersih dari pantai-pantai yang kami lawati sebelum ini. Anda mungkin faham maksud saya, tempat ini agak kotor dengan sampah-sarap dari laut. Inilah sikap tidak bertanggungjawab rakyat Malaysia, terutamanya warga Pulau Pinang.

Bulatan besar (Monkey Beach), bulatan kecil (USM). 

Kalau tak silap, gambar di atas ini berhampiran dengan satu kawasan yang diberi nama 
 MUKA HEAD.

Memang tempat ini sangat cantik dengan pantai yang pasirnya memutih.

Pandangan kami dicuri oleh pokok ini, agak aneh. Mungkin kepada sesiapa yang tahu,boleh tolong?


 Cara ke Rumah Api Teluk Bahang
Inilah laluan kami, dari pintu masuk sehinggalah ke Monkey Beach. 3km lebih.



Kembara Taman Negara 2010




   Sekali lagi aku ke sini, dua tahun selepas kunjungan aku pada tahun 2008. Kali ini aga berbeza, laluan kanopi yang dahulunya ditutup untuk baik pulih, kini telah pun dibuka. Sebahagian pantainya yang kotor kini bersih, mungkin bukan sebab perubahan sikap, tetapi ada pekerja yang membersihkannya. Dahulunya aku hanya terjumpa pelancong dari Republik Chez, tetapi kini ramai pelancong dari seluruh dunia, termasuk juga pelancong tempatan seperti kami.


   Walaubagaimana sekali pun, aku masih kurang berpuas hati dengan kebersihan. Sebagai penduduk di Negeri Pulau Pinang, aku kagum dengan kepelbagaian tarikan yang menarik, tetapi yang menyedihkan sikap sesetengah warga di negeri ini yang kurang prihatin terhadap kebersihan. Contohnya, pantai yang berhadapan dengan Pulau Jerejak, kini menjadi tumpuan orang datang berkelah dan juga ber~camping, tetapi ada dari mereka yang suka membuat sampah. Sungguh sedih.


   
Menjadi kebiasaan bagi aku dan seorang lagi sahabat untuk singgah di rumah kawan aku yang terletak di Kampung Nelayan. Setelah ke sana, kami bertiga bergerak ke Taman Negara Teluk Bahang. Kali ini, kami hendak ke "Canopi Walk" dan jika sempat kami akan ke Muka Head, selepas Monkey Beach. Perjalanan kami bermula agak lewat, jam 3.00 petang, kerana pagi tadi hujan yang sangat lebat. Nasib tidak menyebelahi kami, Canopi Walk sudah pun tutup, lain kali datanglah awal. Kami meneruskan perjalanan ke Muka Head.


Papan tanda memudahkan pengunjung

Semasa kami ke sini dahulu air laut tidak pasang, jadi kami boleh berjalan di tepi pantai untuk ke Monkey Beach. Bagi mereka yang tidak pernah ke sini, anda perlu berhati-hati.

Gunung Jerai, Kedah Darul Aman. Jelas kelihatan dari Taman Negara Teluk Bahang.

Jeti Pusat Kajian Sains Samudera USM.

Papan Tanda ke Rumah Api Muka Head

   Kami tiba agak lewat di Muka Head, keputusan dibuat untuk berpatah balik ke Pukat Rimau dengan menaiki bot. Bagi anda yang sukakan aktiviti mencabar, atau yang sukakan kehijauan,Taman Negara Teluk Bahang adalah jawapanya, walaupun ianya baru dibuka, tetapi saya jamin ianya mampu membe ri kepuasan kepada Pengunjung yang inginkan pengalaman menyusuri terowong hijau di Kota Besar George Town.

Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Bulan di balik awan
Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...