Selasa, 1 Mac 2011

Kertas Kosong Yang Putih

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


   Di suatu petang yang hening, angin timur sepoi-sepoi bertiup, abang tekun membaca buku-buku yang sudah lama ditinggalkan. Adik-adik sedang bermain diluar, nampak belum penat, tawa mereka mengingatkan abang pada zaman kanak-kanak.

" Teringat zaman aku dulu, seronok tengok budak-budak ni main "

  Buku yang dibacanya tadi belum sempat habis dibaca, ditutup rapat lalu diletakkan dia ata meja. Abang, melangkah keluar melihat adik-adik bermain, boleh mengiburkan hati remajanya yang kadang-kadang suram.

" Abang! Abang ! "

Jerit Haikal, Hakimi dan Aina yang tadi kusyuk bermain.

" Abang tadi Haikal belajar sains kat sekolah.... best... " kata Haikal bersungguh-sungguh kepada abang
Abang tersenyum mendengarnya. 

" Nana dengan Kimi belajar apa kat sekolah?" tanya abang

" Nana belajar A,B,C.... " beritahu Nana yang bersekolah dengan Hakimi

   " Tunggu sat...."

Abang melangkah masuk ke dalam rumah kemudian membawa tiga helai kertas putih yang kosong lalu diberikan kepada Haikal, Hakimi dan Aina. Seronok bukan kepalang, abang hairan kerana yang diberikan hanyalah sehelai kertas putih yang kosong. 

   " Nana nak lukis gambar " kata Aina. Hakimi pun bersuara " Kimi nak lukis jugak, Kimi nak lukis jugak ". "Haikal nak lukis kereta, Nana dengan Kimi tak tau " kata Haikal dengan bersemangat, lalu mereka berlari anak pulang ke rumah.

   Pada hari berikutnya abang ke kelas lalu dengan tiba-tiba diberikan kertas kosong kepada kawan-kawannya, sama seperti dilakukan kepada adik-adik semalam.

" Kau nak buat apa dengan kertas ni? " kata salah seorang kawan abang. " A'a kenapa kau bagi kertas kosong kat kami?" tanya seorang lagi kawan dengan penuh kehairanan.

Aku mendapat pengajaran yang sangat bererti, ketika aku memberi kertas kosong kepada budak-budak semalam, mereka tidak banyak soal, malah masing-masing menyatakan keinginan mereka " apa yang mereka nak buat dengan kertas kosong" Nak lukis kereta, nak lukis bunga, nak lukis pokok. Tetapi aku menyoal diri aku, jika aku diberikan kertas kosong pasti aku berseloroh bertanya " nak buat apa?" tetapi kenapa aku tak cakap " aku nak buat sesuatu " Kertas kosong itu ibarat peluang, kita yang akan mewarnakannya. Kita hanya nampak sehelai kertas yang kosong, tetapi budak-budak, mereka telah nampak segala-galanya lukisan yang belum mereka lukis. Kembalikanlah jiwa aku seperti kanak-kanak dahulu, aku rindu dengan semangat yang ada pada mereka untuk aku kuatkan diri.




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...